Thursday, 27 December 2012

#NoteToMyself

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]

Kadang-2 kita lupa siapa diri kita di dunia ini. Bukan kadang-2, tapi acap kali kita lupa bahawa kita ada Pencipta di dunia ini. Yang mana sentiasa memerhati dan mengawasi tingkah laku kita.

KITA??? hurmmm. buat tak tau je kan, endah tak endah. buat tak reti. padahal belajar agama sejak sekolah rendah. ish ish. bila dah musibah, kesusahan kesempitan yg menimpa diri baru nak ingat Allah, nak hampar sejadah. 

Jangan leka dengan dunia, dunia ni sementara je. Ingatlah, setiap nikmat yg kita ada sekarang semuanya datang dr Allah SWT. Kita hanya meminjam sahaja. Jgn sombong, angkuh dgn apa yg kita ada skarang. Bila-2 masa sahaja Allah akan tarik balik. Tak caye? Ce try ce try. 

Alhamdulillah, mak ayah sentiasa dorong kami adik-beradik. sentiasa tegur kelakuan, kesalahan yg boleh memudaratkan diri dan tidak elok dimata org lain. dan tidak elok juga di sisi Allah.

Teringat dgn kata-2 Mak, Azza (my Bestfriend)  "Jangan tunggu dah tua bok nak pake tudung, Jangan tggu musibah bok nak bertaubat" "Bila-2 masa malaikat maut menjemput kita. Latih dirik kita pake tudung, in shaa Allah dr sia kita akan latih dirik kita menutup aurat dr terdedah sia sitok. Kesian ayah/bapak/daddy/papa kita kat akhirat disoal Allah, tanggung dosa anak sik tutup aurat."

Mereka sentiasa menyokong saya..  :') 

So.. mulai dari saat ini kita janganlah langsung lupa Pencipta kita. 

Kerna.. MATI itu pasti.. SYURGA dan NERAKA juga pasti. Bersediakah kita?



0 comments:

Post a Comment