Thursday 8 November 2012

Doa seorang Muslimah

Assalamualaikum hamba Allah :) 

I was so nervous because the results will be out tomorrow. I just hope the best only for my result. Ya Allah, perkenankanlah doa hambamu ini. 

Bismillahirahmanirrahim..

Doa mohon murah rezeki

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".



قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا 
عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآَخِرِنَا وَآَيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيرُ الرَّازِقِينَ

114. Isa putera Maryam berdo'a: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama".




Doa Mohon Dikuniakan Kejayaan Cemerlang

“YA ALLAH, KAMI MEMOHON KEJAYAAN DALAM SETIAP KETENTUAN-MU, TEMPAT PARA SYUHADAH DAN KEHIDUPAN ORANG-ORANG BAHAGIA SERTA KEMENANGAN YANG MENGATASI”


"Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan."


"Ya Allah, lapangkanlah bagiku dada-dada ku dan mereka, dan permudahkanlah diriku urusan-urusan ku, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepadaku, dan luruskanlah diriku dan kumpulkan bagiku di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah diriku daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa" 

 "Robbana atina mil ladunka rahmatau wa hai yik lana min amrina rashada"
(Ya Tuhan Kami, berikanlah kami rahmat dari sisi-mu, dan sediakanlah petunjuk untuk kami dalam menyelesaikan ueusan kami"



AMIN YARABBAL ALAMIN

Terdapat banyak lagi doa yg ada. Berdoalah yg baik-baik. Insyallah, dengan izin Allah, Allah akan perkenankaan doa kita. Doa dgn niat hati yg ikhlas. Jgn lupa solat, solat itu wajib. Solat hajat juga jgn lupa ye. Jgnlah kita meninggalkan suruhannya. Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. Selamat maju jaya UiTMians :)






crapping expert; anne lalala










0 comments:

Post a Comment